Salam ukhwah kpd semua gerakan kempen MTM diseluruh negeri.
Group MTM ini adalah hasrat rakyat untuk mencari info sahih utk dikongsi oleh perniaga dan pengguna.
Manfaat dari usaha kempen MTM ini boleh membantu perniaga Muslim dan pengguna menggunakan kuasa membeli umat Islam terhadap sesuatu perniagaan dan produk.
Justeru jadikan medan maya ini utk manfaatkan group terus menerus memberi dan menerima info yg sahih. Dari sumber yg betul.
Kempen MTM adalah utk info kpd pengguna dan perniaga muslim bertukar menjadi, pelbagai iklan.
Iklan skim riba, jual ubat kuat, jual produk luar negara, barangan khurafat, iklan jual kereta, ajak join ahli semua ini telah menyimpan dari hasrat kempen group MTM.
Sebaiknya ahli group terus memberi info semasa kegiatan ekonomi yg berada disekitar utk pengguna ketahui. Dan perbcgan utk memperkasakan ekonomi berjemaah mengikut negeri dgn adakan perjumpaan bersama. Bagaimana strategi kumpulan utk mewujudkan pusat kumpul produk muslim. Atau membina koperasi ekonomi setempat. Setidaknya bergerak bersama memperolehi maklumat seluruh perniaga menyahut seruan kempen MTM ini.
Admin di Kelantan telah berusaha dan kini telah mempunyai pusat kumpul produk Muslim. Dan menjemput yg mempunyai produk boleh berkejasama dlm menjayakan kempen MTM ini. Kekuatan kita berjemaah akan menjadi lebih besar jika kita bersatu. Pernahkah kita berfikir dgn kekuatan ekonomi cina? Adakah mereka keseorangan dlm membuat sesuatu perancangan? Tidak!! Mereka juga mempunyai persatuan utk membina empayar mereka. Persatuan mereka kukuh, mereka memberi bukan meminta dlm persatuan. Peranan mereka bergerak mengikut kemahiran individu, sebab itu mereka berjaya. Mereka juga ada cara bagaimana utk manfaatkan bisnes mereka. Samada dgn menggunakan individu atau nama yg boleh membantu ekonomi mereka. Contoh Pasaraya Bilal kepunyaan cina tetapi market mereka adalah pengguna melayu.
Jadi dgn Kempen ini akan memberikan titik permulaan hasil yg baik kpd perniaga muslim. Jika perniaga juga dpt berkerjasama turut kempen MTM. Saya yakin sudah ada hasilnya bila ada kesedaran pengguna beralih kpd membeli kedai muslim dulu diutamakan.
Perniaga yg bijak perlu menyahut kempen ini dgn turut mengajak pengguna datang ke premis mereka dan perlu ada tawaran2 menarik jualan yg patut dihebohkan.
Kini sudah viral kempen MTM ini amat dinantikan oleh perniaga Muslim. Pengguna juga sama menyokong usaha ini, kerana sudah tiba masanya umat Islam berjihad ekonomi.
Penggusaha produk perlu perbanyakkan pengeluaran dan cuba memasarkan produk dgn harga yg lebih patut utk pengguna. Jika perlu menyahut kempen ini, sedikit pengorbanan dgn menurunkan harga jualan. Jika permintaan yg banyak dari pengguna. Keuntungan tetap sama atau mungkin lebih dari biasa.
Keberkatan perniagaan bukan atas kiraan untung dan rugi semata2. Kita berniaga bukan seperti cina, mereka sudah berkira-kira untung dlm perniagaan mereka.
Perniagaan umat Islam kita perlu letak keyakinan kpd Allah sudah tetapkan rezeki kita masing2. Jual byk atau sikit Allahlah yg memberi rezeki.
Ubah sikap kita utk tawakal kepada Allah. Mula hari ini sahut seruan perniagaan itu adalah sunnah Nabi. Yakinlah rezeki berniaga Allah SWT sudah janjikan kpd hambaNya. Carilah perniagaan yg diberkati.
Teruskan jihad ekonomi Umat Islam.
Admin MTM