KITA BOLEH JIKA BERSATU!

KITA BOLEH JIKA BERSATU!

إن شاء الله.
Perasaan tak Roti High-5 sudah tiada lagi? Itulah hebatnya boikot Umat Islam.

Semalam semasa nak beli roti, baru perasan roti berjenama High-5 tiada lagi didalam rak. Rupanya bila ditanya kilangnya sudah ditutup.

Balik bila 'search google', terjumpa berita Jun 2016, bekas pekerja syarikat yang mengeluarkan roti berjenama High-5 mempersoalkan bagaimana pembuat roti yang merupakan antara terbesar di negara ini boleh muflis.

“Takkanlah syarikat ini tidak ada untung, kalau syarikat kilang roti lain pun boleh jual roti, apatah lagi High Five,” katanya kepada pemberita di luar lobi Jabatan Tenaga Kerja hari ini.

Beliau dan kira-kira 59 bekas pekerja hadir membuat aduan menuntut pampasan berhubung pemberhentian mengejut 24 jam oleh High-5 Consolidated Bhd, dan pemberian setengah bulan gaji olehnya.

High-5 Consolidated Bhd pernah menjadi sebahagian Silverbird Group Berhad.

Masih ingat lagi apabila kilang roti yang kotor dan pemiliknya bukan Islam terlalu ego untuk meminta maaf kepada umat Islam atas apa yang berlaku pada 2009. Kempen boikot yang dijalankan rasa macam kecil saja tapi 5 tahun saja mereka boleh bertahan dan terus kilang yang besar boleh tutup kerana mengalami kerugian. Saya masih ingat lagi selepas itu saya tak pernah sentuh roti high five termasuk Silverbird.

Suara Umat Islam sangat kuat jika kita bersatu. Untuk itu Melayu Islam jangan leka untuk bersatu dalam apa jua situasi!

SUMBER:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/06/29/macam-mana-roti-high-5-boleh-bungkus-tanya-pekerja/